mcmc
Laporan Aktiviti

WEBINAR MOTIVASI PELAJAR EDISI 2 TINGKATAN 4/5 – KEMANAKAH HALA TUJU PELAJAR SELEPAS SPM

Tarikh:3 Mei 2025
Masa:2:30 pm – 5:30 pm
Tempat:NADI Felda Redong 1
Peserta:4 Orang

Tujuan:

  1. Memberi motivasi kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik.
  2. Memberi pendedahan awal mengenai hala tuju selepas SPM agar pelajar dapat merancang masa depan dengan lebih baik.
  3. Menerangkan kaedah permohonan UPU secara atas talian menggunakan sistem pengiraan merit.
  4. Membantu pelajar mengenal pasti bidang pengajian dan kerjaya yang sesuai berdasarkan minat dan keputusan akademik.

Aktiviti:-

Program Webinar Motivasi Pelajar Edisi Kedua ini telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 3 Mei 2025, bermula pada jam 2.30 petang hingga 5.00 petang secara dalam talian melalui siaran langsung (live stream). Program ini dianjurkan oleh NADI DILEA dan mensasarkan pelajar tingkatan 4 dan 5 sebagai peserta utama. Penceramah jemputan bagi sesi ini ialah Cikgu Azril, seorang perunding hala tuju pendidikan yang berpengalaman serta pengendali Program “Plan My Path”.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh wakil penganjur diikuti dengan pengenalan kepada penceramah. Cikgu Azril membuka sesi dengan menyampaikan ceramah motivasi yang menekankan kepentingan memiliki matlamat yang jelas dalam pelajaran dan kehidupan selepas tamat persekolahan. Seterusnya, beliau berkongsi panduan berkenaan hala tuju pendidikan selepas SPM termasuk maklumat mengenai laluan akademik, teknikal dan kemahiran serta peluang yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi dan pusat latihan kemahiran di Malaysia.

Kemudian, peserta didedahkan kepada cara membuat permohonan UPU secara dalam talian, termasuk langkah-langkah yang perlu diikuti dan kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ketika mengisi borang permohonan. Sesi diteruskan dengan penerangan mengenai kaedah pengiraan merit yang digunakan dalam proses pemilihan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam. Penceramah turut memberi contoh pengiraan merit berdasarkan keputusan SPM dan aktiviti kokurikulum bagi membantu pelajar memahami keperluan dan persediaan yang perlu dilakukan dari awal.

Program turut membuka ruang untuk sesi soal jawab, di mana pelajar berpeluang mengemukakan soalan berkaitan hala tuju pendidikan dan mendapat penjelasan secara langsung daripada penceramah.

Gambar disini