mcmc
Laporan Aktiviti

WEBINAR BERKALA MATEMATIK EDISI 2 TINGKATAN 4/5

Tarikh: 21 Jun 2025, Sabtu
Masa:2:30pm hingga 4:40 pm
Tempat: NADI Felda Redong 1
Peserta:3 Orang

Tujuan:-

1.Memberi pendedahan berkaitan format terkini soalan Matematik SPM, merangkumi Kertas 1 (objektif) dan Kertas 2 (struktur dan subjektif).

2.Memperkenalkan pelbagai variasi soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) yang sering muncul dalam peperiksaan sebenar.

3.Mengajar pelajar teknik menjawab soalan dengan berkesan, termasuk penggunaan formula, penyusunan langkah penyelesaian, serta pengurusan masa semasa peperiksaan.

4.Meningkatkan keyakinan dan kemahiran pelajar melalui pendekatan pengajaran yang mudah difahami serta contoh-contoh praktikal yang disediakan.

Aktiviti:

1.Penerangan Format SPM Matematik: Penceramah menerangkan perbezaan dan ciri utama Kertas 1 dan Kertas 2 berdasarkan format terkini yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

2.Analisis Soalan KBAT: Contoh soalan KBAT dibincangkan bagi memberi gambaran sebenar kepada pelajar tentang cara menjawab soalan berfikir aras tinggi.

3.Latihan dan Perbincangan Soalan: Pelajar diberi beberapa soalan latihan secara langsung, diikuti perbincangan teknik penyelesaian yang berkesan.

4.Tip Menjawab & Pengurusan Masa: Penceramah berkongsi strategi pengurusan masa semasa menjawab soalan serta tip menjawab untuk meningkatkan skor.

5.Sesi Soal Jawab: Pelajar diberi ruang untuk bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan berkaitan topik-topik yang mencabar.

Gambar disini