Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan sebuah projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dengan luar bandar serta mewujudkan sebuah komuniti bermaklumat tanpa mengira usia.

Dalam mencapai aspirasi ini, pelbagai program, latihan serta bengkel berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diperkenalkan. Segala aktiviti yang dirancang untuk komuniti diberi secara percuma kepada segenap lapisan komuniti tanpa mengira usia, agama dan bangsa agar memperolehi maklumat bermanfaat bersama.
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Redong mula beroperasi pada 9 April 2010. Namun pada akhir bulan Januari 2015, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Redong telah ditutup sementara waktu bagi memberi laluan proses pengubahsuaian dan penambahbaik . Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Redong menyambung operasi semula pada 9 Oktober 2015.
Kami beroperasi di:-
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Redong 1,
No 1 Bangunan BBR, Jalan Pejabat,
Felda Redong 1,
85000 Segamat,
Johor Darul Takzim
Koordinat atau GPS :02°30.319′(Latitude),103°01.096′(Longtitude)
| OBJEKTIF PENUBUHAN : |
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat.
- Memberi pendedahan kepada masyarakat setempat tentang teknologi komputer dan Internet.
- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
- Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

| PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN |
- Perkhidmatan melayari internet
- Pembayaran utiliti
- Pendaftaran dan pembaharuan SSM
- Latihan ICT dan Keusahawanan percuma
- Mencetak dokumen (printing)
- Mengimbas (scanning).
- Fotostat
- Laminasi(Laminating)
- Menjilid (binding)
- Zon Internet tanpa wayar (Wi Fi zone.)
| WAKTU OPERASI |
|
Waktu Operasi |
NADI dibuka setiap hari kecuali cuti umum
|
|
|
9.00 pagi – 1.00 petang (Sabtu hingga khamis) 9.00 pagi – 12.30 petang (Jumaat) |
Beroperasi |
|
|
1.00 petang – 2.00 petang (Sabtu hingga khamis) 12.30 petang – 2.30 petang (Jumaat) |
Rehat |
|
|
2.00 petang – 6.00 petang ( Sabtu hingga khamis) 2.30 petang – 6.00 petang (Jumaat) |
Beroperasi
|
|
| JUMLAH KEAHLIAN |
| Ahli Lama | 2576 |
| Ahli Baru Bulan Mei 2024 | 7 |
| Keseluruhan Pada 1 Jun 2024 | 2583 |
| KENALI PETUGAS |
PENGURUS
Nama : Noraslinda binti Ngadenan
Mula berkhidmat : 1 Mac 2010
PENOLONG PENGURUS
Nama: Fateen Nadzwa binti Mohd Den
Mula berkhidmat : 19 Mei 2023
