Program Selawat Perdana KEMAS dan majlis doa selamat bagi menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak 1438H/2017 dimana Tadika KEMAS Felda Redong 1 telah diadakan pada 23 Mac 2017.

Program Selawat Perdana KEMAS ini telah dianjurkan dan disambut disemua Tabika dan Tadika KEMAS di seluruh negara serentak. Program ini diadakan dengan berselawat serta majlis doa selamat bagi menyambut kedatangan ramadhan.

Bagi Program Selawat Perdana di Tadika KEMAS Felda Redong ini telah dijayakan dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran ibubapa serta penjaga pelajar Tadika KEMAS, pelajar-pelajar Tadika KEMAS serta pemimpin tempatan.
