Tujuan:
- Memberikan penerangan kepada komuniti mengenai lima “pillar” utama NADI
- Menyediakan platform kesedaran dan pendaftaran bagi MyDigital ID.
- Menggalakkan pendaftaran ahli baharu NADI untuk menyertai lebih banyak program komuniti yang disediakan.
- Menggalakkan penggunaan perkhidmatan pintar NADI untuk meningkatkan kualiti kehidupan
Aktiviti:
- Taklimat NADI: Penerangan ringkas mengenai sejarah, fungsi, dan peranan NADI dalam menyokong komuniti melalui teknologi pintar.
- Taklimat NADI Safe and Shield: Sesi ini memberi penerangan mengenai kepentingan perlindungan kesihatan dan keselamatan digital bagi komuniti.
- Pengenalan 5 Perkhidmatan Pintar NADI: Setiap perkhidmatan diterangkan dengan terperinci, termasuk cara mengakses dan menggunakan perkhidmatan tersebut untuk faedah individu dan keluarga.
- Saringan Kesihatan: Pemeriksaan kesihatan asas seperti tekanan darah dan kadar gula dalam darah bagi meningkatkan kesedaran kesihatan komuniti.
- Pendaftaran MyDigital ID: Penyediaan ruang bagi pendaftaran MyDigital ID, yang memudahkan akses kepada perkhidmatan digital di bawah inisiatif kerajaan.
- Pendaftaran Keahlian NADI: Sesi ini membuka peluang kepada ahli baharu untuk mendaftar dan menyertai rangkaian program NADI yang lain.
Melalui saringan kesihatan dan penerangan mengenai NADI Save and Shield, peserta didedahkan kepada pentingnya menjaga kesihatan diri dan keselamatan digital. Selain itu, program ini dapat membantu peserta memahami cara mengakses lima perkhidmatan pintar yang ditawarkan oleh NADI. Pendaftaran keahlian NADI pula dapat memberikan peluang kepada peserta untuk terlibat dalam lebih banyak program komuniti yang dirancang, memperkukuh hubungan antara NADI dan komuniti.
Senarai sekolah yang terlibat bagi bulan OKTOBER:
SJKC LABIS- Gambar Disini
SK LABIS- Gambar Disni
SMK LABIS- Gambar Disini
SMK DATO’ BENTARA DALAM- Gambar Disini
SJKC BEKOK- Gambar Disini
SK SERI BALI- Gambar Disini
SJKC JAGOH- Gambar Disini
SK MELAYU RAYA- Gambar Disini
SJKC KARAS- Gambar Disini
SMKA SEGAMAT- Gambar Disini
SK SRI LABIS- Gambar Disini
SMK SERI BALI- Gambar Disini
SJKT BEKOK- Gambar Disini
SMK TENANG STESEN- Gambar Disini
SJKT LABIS- Gambar Disini
SMK BEKOK- Gambar Disini
SJKC CHAAH- Gambar Disini
SMK MUNSHI IBRAHIM- Gambar Disini
SMJK SEG HWA- Gambar Disini
SRAB- Gambar Disini
SMK KAMARUL ARIFFIN- Gambar Disini
SK SEGAMAT BARU- Gambar Disini
SK LKTP MAOKIL 1- Gambar Disini