mcmc
Maklumat Setempat

PROGRAM INTERVENSI ODP BELIA SAKINAH BERSAMA KOMUNITI DAN PEDi

Pada 2 Jun 2016  telah diadakan Program Intervensi OPD Belia Sakinah di Dewan Serbaguna  Felda Chemplak Barat, yang mana  merupakan program kesedaran  belia tentang kesalahan jenayah yang harus di jauhi dengan kerjasama pihak PDRM dan Jabatan penjara. Pameran serta aktiviti lain antara pengisian program kem motivasi belia -belia di Felda Chempelak Barat. Pihak Penjara  telah membawa banduan yang berstatus  parol untuk berkongsi kisah silam mereka ketika melakukan jenayah dan di penjara semoga ianya menjadi iktibar kepada orang lain.

     

 

     

Di kesempatan ini, PEDi Daerah Segamat tidak ketinggalan melakukan program KDB kepada peserta kem motivasi tentang kesedaran dan keselamatan ketika melayari internet. Pada kali ini PEDi mempertengahkan tajuk “bully cyber” atau buli di alam maya.

Diharap  melalui  kempen klik dengan bijak (KDB) ini memberi kesedaran dan memberi info betapa pentingnya menggunakan internet dengan cara betul kerana penyalahangunaan internet boleh memudaratkan diri sendiri dan juga orang lain.