mcmc
Pendidikan

Program Hari Autisme Pendidikan Khas Dan Kesedaran Kepenggunaan Daerah Segamat 2017

Datuk Ayub Bin Rahmat( tiga dari kiri) merasmikan Hari Autisme Pendidikan Khas Dan Kesedaran Kepenggunaan Daerah Segamat 2017.

Sempena sambutan Hari Autisme pada kali ini, Pejabat Pendidikan Daerah Segamat dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Segamat telah menganjurkan Program Hari Autisme Pendidikan Khas Dan Kesedaran Kepenggunaan Daerah Segamat 2017 pada 12 April 2017, Rabu dengan kerjasama JKKR Felda Redong di Dewan Serbaguna Felda Redong.

 

Datuk  Ayub Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah telah merasmikan program tersebut.

 

Program tersebut bermula dari pukul 7.30 pagi sehingga pukul 2.00 petang yang dimulakan dengan senamerobik diikuti selepas itu program 10ribu langkah mengelilingi kawasan perumahan di Felda Redong.

 

Pelbagai aktiviti turut diadakan bagi mengisi perjalanan  program kali ini seperti pertandingan roti jala, sukaneka, pameran dari pendidikan khas, gerai juala dari pendidkan khas dan lain-lain lagi bagi memeriahkan program.