NADI Mahir Kembali Lagi!

Jadual Aktiviti | 2 July 2026

NADI Mahir Kembali Lagi! Kini Dengan Kursus Microsoft dan Prompt Engineer!!

Program NADI Mahir kembali dengan pelbagai kursus kemahiran percuma untuk masyarakat. Tahun ini, selain kursus yang sedia ada, dua kursus baharu turut diperkenalkan iaitu Mahir Microsoft dan Mahir Prompt Engineer, bagi memberi peluang kepada peserta meningkatkan kemahiran digital yang semakin mendapat permintaan.

Turut ditawarkan ialah kursus Mahir Pertanian Pintar, Mahir Baiki Gajet, Mahir Foto, Mahir Masak dan Mahir Jahit.

Pendaftaran kini dibuka dan orang ramai yang berminat boleh mendaftar di NADI FELDA Redong 1 sebelum 13 Julai 2026. Semua kelas akan bermula pada 13 Julai 2026, dijalankan secara dalam talian di NADI dengan peralatan disediakan. Peserta yang berjaya menamatkan kursus akan menerima sijil.

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu dan kemahiran bersama NADI Mahir.