mcmc
MPKK

Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Khairat Kematian 2019

Pada 14 April 2019, Ahad jam 2.30 petang telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Khairat Kematian Felda Redong 1 bagi tahun 2019.  Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna Felda Redong 1 dan telah dirasmikan oleh YB Dr Sulaiman Bin Mohd Nor, ADUN Kemelah.

Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Khairat Kematian Felda Redong telah diadakan dua tahun sekali. Mesyuarat tahunan ini adalah bagi membentangkan kewangan, minit mesyuarat yang lalu serta melantik ahli jawatankuasa yang baru dan merancang perjalanan serta program yang akan dijalankan di dalam masa dua tahun dari sekarang.

Mesyuarat Agung Tahunan Kebajikan Khairat Kematian Felda Redong telah dihadiri oleh semua ahli badan berkenaan. Setiap yang hadir ke mesyuarat kali ini telah diberikan hadiah berbentuk beras 5kg setiap orang bagi menghargai ahlinya.