mcmc
Pendidikan

Merdeka Fun Run, SK (FELDA) Redong.

Buat julung kalinya SK (FELDA) Redong telah menganjurkan Merdeka Fun Run yang meliputi 3km Run & Walk yang telah diadakan pada 18 September 2019. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa serta masyarakat komuniti. Oleh yang demikian, pihak SK (FELDA) Redong telah mengadakan program Fun Run serta Zumba Merdeka sempena Sambutan Kemerdekaan ke 62 tahun.

Seramai 302 orang pelajar dan 34 orang guru serta kakitangan sekolah telah mengikuti program ini. Turut memeriahkan program kali ini dengan penglibatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Kelab Zumba Felda Redong, Tadika KEMAS Felda Redong, PDK Felda Redong, Ahli persatuan Belia (MBFM) Felda Redong serta ahli Kelab 10Ribu Langkah Felda Redong.

Aktiviti ini sebenarnya memberikan pengalaman kepada murid di dalam  mengamalkan gaya hidup sihat. Selain itu juga dapat memberi kelegaan kepada semua guru dan murid tahun enam yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan UPSR. Sepanjang aktiviti Fun Run berlangsung, pelajar perlu menyelesaikan beberapa tugasan yang diberikan agar mereka  dapat mempelajari dan mengamalkan aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah.

Bagi peserta yang dapat menghabiskan larian telah diberikan medal yang disediakan oleh pihak sekolah sebagai kenang-kenangan.