mcmc
Pendidikan

Majlis Tilawah Al-quran Murid-murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Daerah Segamat Kali Ke 75 Tahun 2023

Majlis Perujian Membaca Al-quran Murid-murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Daerah  Segamat kali ke 75 tahun 2023 masihi bersamaan dengan 1444 hijrah diakan di zon 01, daerah Segamat iaitu Sekolah Agama Felda redong 1

Majlis Perujian Membaca Al-quran Murid-murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Daerah Segamat merupakan program tahunan Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor yang diadakan pada setiap tahun. Murid-murid Sekolah Agama Kerajaan Johor melalui proses pertandingan dari peringkat zon. Bagi murid-murid yang menyertai acara Ihtifal KAFA Kebangsaan dan menjadi Johan bagi acara tersebut, mereka akan ke peringkat negeri yang diadakan oleh Jabatan Agama Islam, Bahagian Pendidikan dan JAKIM.

Bagi majlis kali yang ke 75 ini diadakan di Sekolah Agama Felda Redong sebagai tuan rumah yang diadakan pada 3 Julai 2023 yang  bermula 8:00 pagi untuk perujian dimulakan dan majlis acara penutup di Dewan Serbaguna Felda Redong pada jam 12:00 tengah hari.

Terdapat sebanyak 6 venue pertandingan iaitu Wisma Peneroka, Masjid Nurul Falah , Sekolah Agama, Sekolah Kebangsaan, Dewan Serbaguna,dan Pusat Ekonomi Digital  Felda Redong yang melibatkan 11 pertandingan.

Majlis perasmian penutup telah diadakan di Dewan Serbaguna Felda Redong telah dirasmikan oleh Tuan Haji Khalid bin Ithnin , PPID Segamat. Tahniah kepada ZON 2 kerana menjadi JOHAN keseluruhan.