mcmc
Laporan Aktiviti

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia Bersama NADI 2025

Tujuan:

  • Menyemarakkan semangat patriotisme: memupuk rasa cinta akan tanah air dalam kalangan masyarakat setempat.
  • Menghargai jasa pejuang negara: mengenang pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu yang memperjuangkan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.
  • Mengeratkan silaturrahim: menjadi platform untuk menghubungkan komuniti melalui aktiviti bersama yang meriah dan inklusif.
  • Meningkatkan kesedaran nasional: memberi kefahaman mengenai erti kemerdekaan dan kepentingan perpaduan kaum demi kesejahteraan negara.
  • Membina jati diri generasi muda: mendidik golongan muda tentang nilai kebersamaan, tanggungjawab, dan identiti sebagai rakyat Malaysia.

Aktiviti Program:

  • Pertandingan Mewarna: khas untuk kanak-kanak, sebagai aktiviti kreatif dan memupuk semangat patriotik sejak kecil.
  • Pertandingan Dekorasi Kek: menggalakkan penglibatan ibu bapa & komuniti sambil meraikan warisan budaya sambil menyelami erti kemerdekaan.
  • Pertandingan Roblox: melibatkan golongan muda dengan cara interaktif dan digital serta memberi pendedahan kepada Esport.
  • Tayangan Kemerdekaan: memaparkan filem atau dokumentari berunsur sejarah & patriotik memberi pengetahuan serta meningkatkan kesedaran mengenai perjuangan kemerdekaan. Filem yang menjadi pilihan untuk ditontonkan ialah “Leftenan Adnan.”
  • Pertandingan Gambar Merdeka: peserta menghantar gambar bertemakan patriotik yang diambil sekitar NADI dengan menambahkan sedikit suntingan. Ia bertujuan untuk menggalakkan kreativiti fotografi serta mengabadikan semangat kemerdekaan.
  • Pendaftaran My Digital ID: kaunter khas untuk pendaftaran identiti digital bagi membantu masyarakat setempat melengkapkan pendaftaran rasmi kerajaan dan mengakses pelbagai aplikasi.
  • Saringan Kesihatan Percuma: pemeriksaan kesihatan asas (tekanan darah, gula, BMI sepanjang program berlangsung bagi meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan komuniti di Felda Redong 1.

Gambar Disini