mcmc
Laporan Aktiviti

Kempen Internet Selamat (K.I.S)- Modul Murid Sekolah Rendah (10-12 tahun)

Tujuan:-

1.Meningkatkan kefahaman murid mengenai Internet secara umum dan pelbagai fungsi aplikasi Internet.

2.Menjelaskan kepada murid mengenai had umur 13 tahun penggunaan media sosial berdasarkan peraturan platform media sosial.

3.Memberi kesedaran kepada murid tentang risiko dan ancaman dalam talian yang tidak dapat ditangani oleh kanak-kanak bawah 13 tahun disebabkan keupayaan mental yang masih belum bersedia.

4.Membantu murid mengenal pasti aktiviti alternatif yang sesuai bagi golongan kanak-kanak sekolah rendah.

Aktiviti:

Program ini dibahagikan kepada enam (7) bahagian :-

1.Penetapan Minda : Aktiviti Pecah Ruyung – murid berkongsi pengalaman menggunakan internet atau aplikasi yang mereka tahu.

2. Pelajaran 1 : Stesen Literasi Digital – Penerangan tentang maksud literasi digital dan kepentingannya dalam kehidupan harian

3. Pelajaran 2 : Stesen Had Umur Media Sosial– Murid mengenali logo media sosial dan mengetahui had umur penggunaannya.

4. Pelajaran 3: Stesen Bahaya Media Sosial – Penerangan mengenai risiko seperti buli siber dan ketagihan media sosial.

5. Pelajaran 4 : Stesen Bahaya Media Sosial 2 – Pendedahan tentang pengantunan seksual dalam talian dan langkah keselamatan.

6. Pelajaran 5 : Alternatif Kepada Media Sosial – Murid mencadangkan aktiviti menarik seperti membaca, bersukan, melukis atau permainan tradisional.

7.Kuiz – BBagi mengukur tahap kefahaman pelajar mengenai modul yang dijalankan pada hari ini.

Gambar disini:-

  1. SK Felda Redong
  2. SJKC Ai Chun
  3. SK Bandar Putra
  4. SK Sri Labis