Pada 24 Februari 2025, satu kelas membuat kuih talam telah diadakan di Wisma Peneroka, Felda Redong. Kelas ini bermula pada pukul 2:30 petang dan berakhir pada 4:30 petang. Kelas ini dikendalikan oleh Cikgu Azean, seorang tenaga pengajar berpengalaman dari Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) KEMAS. Seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada penerokawati serta generasi kedua Felda Redong telah menyertai kelas ini dengan penuh minat dan kesungguhan.
Kelas ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik pembuatan kuih talam, khususnya Talam Suji dan Talam Tokyo. Selain daripada mempelajari cara membuat kuih talam yang berkualiti dan enak, peserta juga diberikan pelbagai tips berguna oleh tenaga pengajar, seperti cara mendapatkan tekstur yang sempurna serta teknik menyusun bahan untuk menghasilkan kuih yang sedap dan menarik.
Selain itu, kelas ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengiraan kos bahan bagi penghasilan kuih talam sekiranya ingin menjadikannya sebagai sumber pendapatan. Peserta diajar bagaimana untuk mengira kos bahan bagi setiap unit kuih yang dihasilkan bagi memastikan harga jualan yang bersesuaian dan menguntungkan.
Sepanjang sesi pembelajaran, suasana kelas sangat interaktif dan menyeronokkan. Para peserta bukan sahaja dapat mempelajari teknik membuat kuih talam tetapi juga berkongsi pengalaman dan idea antara satu sama lain. Kelas ini juga memberi inspirasi kepada peserta untuk memanfaatkan kemahiran yang dipelajari bagi menjana pendapatan sampingan melalui perniagaan kuih-muih.
Secara keseluruhannya, kelas membuat kuih talam ini telah berjaya mencapai objektifnya dengan memberi ilmu dan kemahiran baharu kepada peserta. Diharapkan lebih banyak program seumpama ini dapat dianjurkan pada masa akan datang untuk memberi manfaat kepada lebih ramai ahli komuniti.
| TALAM TOKYO Bahan-bahan (A) 1 paket Sagu biji ½ sudu garam 1 paket soon Bahan – bahan B 2 cawan santan 4 cawan air kosong 1 cawan tepung gandum 1cawan tepung beras 1½ cawan tepung kastad 4 biji telur 2 cawan gula Garam secukup rasa Air daun pandan Cara menyediakan: Kisar bahan B sehingga sebati Tuang ke atas bahan A Kukus semula | TALAM SUJI Bahan-bahan (A) 2 cawan santan 4 cawan air kosong 1 cawan tepung gandum 1cawan tepung beras 1½ cawan tepung kastad 4 biji telur 2 cawan gula Garam secukup rasa 1cawan gula merah Bahan-bahan b 250 gm tepung suji 2 cawan santan 4 cawan air 1 cawan gula 1/2 sudu garam Cara menyediakan: 1. Kisar bahanA sehingga sebati 2. Tuang ke atas bahan B |








