mcmc
Laporan Aktiviti

KELAS CANVA – PERTANDINGAN POSTER KEMPEN INTERNET SELAMAT (K.I.S)

Tarikh:9,18 dan 19 November 2025
Masa:9:30 am – 11:30 am & 3:00 pm – 5:00 pm
Tempat:NADI Felda Redong 1
Peserta:10 orang

Tujuan:-

  1. Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah (7–12 tahun) dan sekolah menengah (13–17 tahun) mengenai penggunaan aplikasi Canva bagi menghasilkan poster digital yang kreatif dan bermaklumat.
  2. Membimbing pelajar menghasilkan poster mengikut tema pertandingan, iaitu “Buli Siber” bagi kategori sekolah rendah dan “Penipuan Cinta” bagi kategori sekolah menengah.
  3. Meningkatkan kefahaman pelajar tentang keselamatan internet melalui tugasan poster serta memupuk kesedaran mengenai isu siber yang sering berlaku dalam kalangan pelajar.
  4. Memberikan pendedahan penggunaan alat digital tambahan seperti ChatGPT untuk mendapatkan idea dan teks poster, serta enjin carian untuk mencari maklumat yang sahih dan sesuai.
  5. Menggalakkan kreativiti pelajar dalam menghasilkan karya digital yang berkualiti bagi menyertai pertandingan KIS.

Aktiviti:-

  1. Pelajar diperkenalkan kepada asas penggunaan Canva, termasuk pemilihan template poster, penggunaan elemen grafik, pemilihan warna, serta teknik suntingan asas.
  2. Tenaga pengajar menerangkan tema pertandingan mengikut kategori usia iaitu Sekolah Rendah (7–12 tahun): Tema Buli Siber dan manakala Sekolah Menengah (13–17 tahun): Tema Penipuan Cinta.
  3. Pelajar dibimbing menggunakan ChatGPT untuk merangka slogan, tajuk poster, dan isi kandungan yang sesuai dengan tema masing-masing.
  4. Pelajar turut diajar menggunakan enjin carian untuk mendapatkan fakta ringkas, iaitu maklumat berkaitan buli siber dan penipuan cinta.
  5. Sesi praktikal dijalankan di mana semua pelajar menghasilkan poster masing-masing berdasarkan kreativiti dan kefahaman mereka.
  6. Tenaga pengajar membuat semakan akhir poster, memberi teguran serta tunjuk ajar bagi memastikan poster memenuhi tema dan garis panduan pertandingan.
  7. Semua poster siap dihantar sebagai penyertaan rasmi ke dalam Pertandingan Poster Kempen Internet Selamat (KIS).

Gambar disini