Tanggal 31 Januari 2019 (Khamis), bertempat di Padang SK Felda Redong tamat sudah kejohanan sukan sekolah pada tahun ini. Setelah hampir sebulan warga sekolah berhempas menyediakan persiapan untuk menjayakan sukan kali ke 28. Bermula dengan kejohanan merentas desa, diikuti pula dengan acara sukantara dan acara akhir padang semua murid telah menyentai setiap aktiviti yang dijalankan sebagai mana slogan 1 Murid 1 Sukan.
Kejohanan kali ini telah dirasmikan oleh En Mohamad Tayib Bin Ismail, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Labis. Turut hadir bersama Tuan Haji Amat Jufri Bin Dakir, Ketua Peneroka merangkap Timbalan Pengerusi JKKR Felda Redong serta En Mohd Jefri Bin Tusiman, YDP PIBG SK Felda Redong. Kesemua tetamu terhormat telah menerima lintas hormat daripada pasukan rumah sukan iaitu Tun Mutahir, Tun Mamat, Tun Ali dan Tun Perak serta PRASekolah.
Selanjutnya diikuti dengan bacaan ikrar kejohanan dan disusuli dengan ucapan Cikgu Abd Rahim Bin Kasdi, Guru Besar SK Felda Redong perasmian kejohanan telah dirasmikan oleh En Mohamad Tayib Bin Ismail, Pengurus Bank Rakyat Cawangan Labis.
Juara keseluruhan telah digondol oleh Tun Mamat (pasukan kuning) diikuti pula Tun Perak (pasukan hijau). Tempat ketiga telah dimenangi oleh pasukan biru (Tun Ali) an temapat kemepat oleh pasukan merah(Tun Mutahir). Selain itu juga terdapat sukan yang menglibatkan penglibatan ibu bapa di dalam acara sukananeka.

















