Pada 18 Januari 2018 hingga 20 Januari 2018 yang lepas, Felda Redong telah menerima kedatangan pelajar dan pensyarah daripada Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Johor Bahru bagi program Polytechnic Social Responsibility (PSR) di sekitar Felda Redong. Objektif utama PSR diadakan ialah adalah untuk memberi memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang kepentingan aktiviti khidmatan kemasyarakatan di luar bandar dan menerapkan amalan nilai murni dan prihatin dikalangan siswaza dan siswazah politeknik. Melalui program ini sekaligus dapat merapatkan hubungan antara dua pihak dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat antara pelajar PIS dan anak-anak muda felda.

Seramai 38 pelajar PIS terlibat dengan program PSR tersebut dan banyak sumbangan kerjasama khidmat masyarakat yang diberikan oleh pelajar dan tenaga pengajar PIS. Selama 3 hari disini mereka telah ditempatkan bersama keluarga angkat masing-masing dan mereka telah bekerjasama dengan JKKR Felda Redong dan Badan Masjid Nurul Falah Felda Redong untuk membersihkan dan memperindahkan persekitaran felda. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang PSR ini ialah mendirikan papan tanda nama di pintu masuk Felda Redong, mengecat masjid Nurul Falah, gotong royong membersihkan kawasan tabika KEMAS dan masjid, mencantikan monumen menara Felda Redong dan pelbagai aktiviti yang lain.

Pada 20 Januari 2018 merupakan aktiviti kemuncak program tersebut, yang mana YB Datuk Hj Ayub Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor telah hadir ke Felda Redong untuk merasmikan monumen menara felda yang telah dibina dan sekaligus merupakan penutupan program PSR tersebut.Di harap kerjasama sebegini dapat menjalin dan merapatkan lagi hubungan silatulrahim antara institusi pendidikan tinggi dan warga Felda.

