Assalamualaikum kepada semua warga Felda Redong 1 yang berusia 18 tahun ke atas, jangan lupa untuk kemaskini sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang mula berkuatkuasa pada 2 Januari 2024. Dokumen yang diperlukan adalah seperti yang tertera. Digalakkan untuk mengisi awal kerana pengesahan identiti mengambil masa sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 hari. Kemaskini tersebut boleh dilakukan sendiri menerusi portal https://padu.gov.my atau boleh mendapatkan bantuan petugas Pusat EKonomi Digital (PEDi) atau PJK Felda Redong 1. Kemaskini akan ditutup pada 31 Mac 2024.
