mcmc
Galeri Foto

Gunakan kuasa hebat sebagai pengguna dan pencipta kandungan.

 
Pernah dengar perkataan adi wira? Ia adalah Bahasa Melayu untuk perkataan “Super Hero”.​ Seorang adi wira siber menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai pengguna Internet yang positif ‘n produktif. ​
 
Ada yang punyai kuasa untuk mencari maklumat dengan cepat dan tepat. ​Ada yang boleh tentusahkan maklumat dengan sekali pandang. ​Ada yang boleh selidik kewibawaan pencipta maklumat dengan teliti dan teratur. ​Ada yang berupaya mencipta kandungan positif yang banyak secara konsisten.​ Dan ada yang bila buka mulut saja, berjaya mendorong orang lain untuk melakukan perkara yang membawa kebaikan.​
 
ADI WIRA SIBER, POSITIF ‘N PRODUKTIF!​ Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. ​Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.​