Bertempat di Tadika KEMAS dan Literasi Felda Redong telah diadakan gotong royong pada 27 Januari 2019. Gotong royong ini melibatkan guru Tadika KEMAS dan Literasi, pembantu murid dan penglibatan ibu bapa serta penjaga pelajar Tadika KEMAS.
Gotong royong ini bertujuan untuk menceriakan dan membersihkan kawasan persekitaran Tadika KEMAS dan Literasi Felda Redong. Gotong royong ini dijalankan berkumpulan bagi memberikan penglibatan semua secara lebih efisien memberikan kawasan di taman permainan, laman kebun tadika, mengecat serta menanam pokok bunga.
Melalui program ini dapat mengeratkan hubungan diantara ibu bapa serta penjaga pelajar Tadika KEMAS dengan pihak sekolah. Selain itu juga, dapat menerapkan semangat kerjasama dan sayangi sekolah kepada pelajar-pelajar Tadika KEMAS dan Literasi Felda Redong.








