mcmc
Kisah Kejayaan

Celik IT – Nur Dania Ariani Binti Rahmat

Asas Komputer dan Microsoft Office(Word, Powerpoint, Excel dan Publisher) 

Nama   : Nur Dania Ariani Binti Rahmat

Umur   : 9 Tahun

Ahli      : 22 September 2018

 

Latar belakang

Nurul Dania Ariani Binti Rahmat lebih dikenali sebagai Dania merupakan cucu peneroka Felda Redong dan berumur 9 tahun dimana beliau merupakan murid tahun 3 di SK Redong. Beliau tinggal di Blok 6, Felda Redong 1. Beliau seorang yang sangat rajin dan sangat mempunyai sikap ingin tahu. Beliau datang ke PEDi setiap hujung minggu untuk melayari internet dan sentiasa mengikuti kelas yang dianjurkan pihak PEDi Felda Redong. Oleh kerana ibunya Puan Irma seorang yang sangat tegas, beliau telah menyuruh Dania mendaftar ahli di PEDi dan mengikut kelas komputer daripada menghabiskan masa melayari internet tanpa ilmu.  Dania seorang yang cepat belajar dan mudah diajar walau hanya sekali ditunjukkan demonstrasi dan pengenalan terhadap cara penggunaan komputer yang betul.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan 

Pada awalnya, Dania tidak berapa tahu menggunakan computer melainkan menggunakan computer untuk melayari youtube sahaja. Dengan kesedaran ICT yang semakin penting penggunaannya pada masa kini telah mendorong beliau untuk menguasai  bidang ICT. Justeru itu, modul latihan yang diberikan oleh pihak PEDi Felda Redong adalah Microsoft Office iaitu Microsoft word seperti copy& paste, latihan menaip dan sebagainya. Selain itu, beliau juga didedahkan dengan kelas Microsoft powerpoint , Microsoft excel, open source internet untuk pembelajaran dan cara membuat enjin carian yang betul dan sebagainya.

Sepanjang menjalani latihan,Dania memberikan kerjasama serta fokus terhadap modul pembelajaran yang diajar kerana kelas asas ini sememangnya amat berguna dan memberi kesan kepada pembelajaran di sekolah.

Impak dari kelas pembelajaran ini yang dihadirinya di PEDi Felda Redong, kini berupaya untuk menguasai kemahiran asas komputer dan secara tidak langsung dapat membantu dan memudahkan beliau untuk membuat kerja sekolah yang mana semuanya kini menggunakan pembelajaran di alam maya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan 

Hasil usaha dan kesungguhan beliau berserta bimbingan daripada pihak PEDi Felda Redong melalui  kelas pembelajaran kali ini, beliau berupaya menyempurnakan  kerja kerja sekolah beliau terutamanya di atas talian. Beliau juga mampu untuk membuat latih tubi secara atas talian dengan membuat carian e-pembelajaran secara open source. Di samping itu, pelbagai rujukan dan maklumat online  yang berguna dapat diperolehi oleh beliau.

Kini beliau telah mahir menggunakan ICT seperti Microsoft powerpoint dan Microsoft word dan bergerak maju seiring dengan kawan-kawan yang lain.  Aplikasi kemahiran seumpama ini perlu dikuasai oleh belia untuk berjaya di masa hadapan. Ini kerana semasa di sekolah juga beliau terdedah dengan sistem e-pembelajaran, Oleh itu, ilmu yang diajar di PEDi dapat memudahkan beliau untuk menguasai e-pembelajaran.