mcmc
Laporan Aktiviti

BAZAR RAYA NADI FELDA REDONG 1

Tarikh14 Mac 2026
Masa8:00 pagi hingga 3:00 petang
TempatNADI Felda Redong 1
Pengunjung 74 Orang

TUJUAN :-

• Memperkenalkan Program Keusahawanan Perkhidmatan Pintar NADI kepada komuniti setempat.
• Menyediakan platform pemasaran dan peluang penjanaan pendapatan kepada usahawan tempatan.
• Menarik penyertaan serta penglibatan aktif komuniti dalam program yang dianjurkan oleh pihak NADI.
• Menyokong inisiatif kerajaan dalam membantu mengurangkan kos sara hidup melalui program berimpak komuniti.
• Mengukuhkan kolaborasi strategik antara NADI dan rakan kerjasama agensi luar.

AKTIVITI :-

Jualan Usahawan NADI
Aktiviti jualan melibatkan penyertaan usahawan tempatan yang mempromosikan serta menjual pelbagai produk makanan, minuman dan barangan keperluan sempena sambutan Hari Raya. Aktiviti ini bertujuan membantu meningkatkan pendapatan usahawan serta memperkenalkan produk mereka kepada komuniti setempat.

Pertandingan Mewarna
Pertandingan mewarna telah dianjurkan khusus untuk kanak-kanak bagi menggalakkan kreativiti serta menarik penyertaan keluarga hadir ke program. Penyertaan dihadkan kepada 10 orang peserta dan mendapat sambutan yang baik daripada pengunjung.

Saringan Kesihatan Asas Percuma
Perkhidmatan saringan kesihatan asas disediakan secara percuma kepada pengunjung sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat.

Webinar Pendidikan NADI X Kidventure
Sesi perkongsian berbentuk pendidikan digital yang memberi pendedahan kepada peserta berkaitan pembelajaran interaktif serta pembangunan kemahiran kanak-kanak melalui platform teknologi.

Webinar NADI X Keusahawanan
Program webinar yang memberi penerangan berkaitan asas keusahawanan, peluang perniagaan serta penggunaan teknologi digital dalam memperkembangkan perniagaan usahawan komuniti.

Cuci Emas Percuma – Ar-Rahnu Pos Malaysia
Perkhidmatan mencuci barangan emas secara percuma telah disediakan hasil kerjasama bersama Ar-Rahnu Pos Malaysia sebagai nilai tambah kepada pengunjung sempena persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Cabutan Bertuah
Cabutan bertuah dianjurkan bagi menghargai sokongan pengunjung, di mana penyertaan diberikan kepada pengunjung yang membuat pembelian minimum RM20 sepanjang program berlangsung.

Pengagihan Goodies
Pemberian goodies telah diagihkan kepada 50 orang pengunjung terawal sebagai tanda penghargaan atas kehadiran serta bagi memeriahkan lagi suasana program.

Gambar disini