Amaran Scam!

Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan beberapa inisiatif di bawah agenda literasi dan perlindungan kewangan awam untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap risiko kewangan semasa, khususnya melibatkan kes scam yang semakin berleluasa.
Antara inisiatif tersebut adalah penerbitan eBuku “Amaran Scam” yang bertujuan untuk:
Meningkatkan kesedaran tentang jenis-jenis scam kewangan, taktik scammer serta langkah perlindungan diri; dan
Memberi panduan tindakan yang perlu diambil sekiranya menjadi mangsa scam, termasuk saluran pelaporan berkaitan.
Akses eBuku boleh diperoleh melalui pautan berikut: https://rb.gy/hjgipo