mcmc
Laporan Aktiviti

Pemeriksaan Mata & Saringan Kesihatan Secara Percuma

Tarikh11 Februari 2026
Masa10:00 Pagi – 1:00 Tengah Hari
TempatNADI Felda Redong 1

Tujuan:-
Program Pemeriksaan Mata dan Saringan Kesihatan Percuma ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti Felda Redong tentang kepentingan penjagaan kesihatan mata dan kesihatan secara menyeluruh, di samping memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan pemeriksaan secara percuma serta mengesan masalah penglihatan dan kesihatan pada peringkat awal. Program ini juga menyediakan khidmat nasihat profesional daripada pihak Haisah Optometry, membantu peserta mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan penjagaan mata serta pilihan rawatan yang sesuai, seterusnya meringankan beban kos pemeriksaan melalui inisiatif dan promosi yang ditawarkan.

Aktiviti:-
Sepanjang pelaksanaan program, beberapa aktiviti utama telah dijalankan bagi memastikan objektif program dapat dicapai. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

  1. Pendaftaran dan rekod kehadiran peserta
  2. Pemeriksaan mata secara komprehensif
  3. Saringan kesihatan asas
  4. Sesi konsultasi dan khidmat nasihat profesional
  5. Pemilihan dan tempahan cermin mata
  6. Promosi serta jualan bingkai dan aksesori cermin mata
  7. Pengagihan kupon dan goodies kepada peserta

Secara keseluruhannya, Program Pemeriksaan Mata dan Saringan Kesihatan Percuma ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti Felda Redong 1. Program ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi pengesanan awal masalah penglihatan dan kesihatan, malah meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan secara berterusan. Kerjasama yang baik antara pihak penganjur dan Haisah Optometry turut menyumbang kepada kelancaran perjalanan program, sekali gus mengukuhkan hubungan antara penyedia perkhidmatan dan komuniti setempat. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat.

Gambar disini