mcmc
Laporan Aktiviti

NADI Kesejahteraan Kendiri- Jom Saring!

Tarikh14 Disember 2025
Masa9:00 Pagi- 4:00 Petang
TempatNADI Felda Redong 1
Pengunjung60 Orang

Tujuan:-

Program NADI Kesejahteraan Kendiri: Saringan Kesihatan Percuma ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan komuniti setempat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan diri. Selain itu, program ini juga bertujuan menyediakan peluang kepada masyarakat untuk menjalani saringan kesihatan asas dan saringan mata sebagai langkah pengesanan awal terhadap sebarang masalah kesihatan, seterusnya membolehkan tindakan susulan diambil dengan lebih awal dan berkesan.

Aktiviti:-

Sepanjang pelaksanaan program, beberapa aktiviti utama telah dijalankan bagi memastikan objektif program dapat dicapai. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

  1. Pendaftaran peserta
  2. Pemeriksaan indeks jisim badan (BMI) dan tekanan darah
  3. Pemeriksaan bacaan paras gula dalam darah dan kolesterol
  4. Saringan mata menyeluruh termasuk pemeriksaan awal katarak
  5. Penyampaian penerangan serta nasihat kesihatan oleh petugas perubatan

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat. Kejayaan penganjuran program ini adalah hasil kerjasama yang baik antara pihak NADI Felda Redong 1, rakan pelaksana MRIC Healthcare serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Gambar disini