| Tarikh | : | 9,18 dan 19 November 2025 |
| Masa | : | 9:30 am – 11:30 am & 3:00 pm – 5:00 pm |
| Tempat | : | NADI Felda Redong 1 |
| Peserta | : | 10 orang |
Tujuan:-
- Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah (7–12 tahun) dan sekolah menengah (13–17 tahun) mengenai penggunaan aplikasi Canva bagi menghasilkan poster digital yang kreatif dan bermaklumat.
- Membimbing pelajar menghasilkan poster mengikut tema pertandingan, iaitu “Buli Siber” bagi kategori sekolah rendah dan “Penipuan Cinta” bagi kategori sekolah menengah.
- Meningkatkan kefahaman pelajar tentang keselamatan internet melalui tugasan poster serta memupuk kesedaran mengenai isu siber yang sering berlaku dalam kalangan pelajar.
- Memberikan pendedahan penggunaan alat digital tambahan seperti ChatGPT untuk mendapatkan idea dan teks poster, serta enjin carian untuk mencari maklumat yang sahih dan sesuai.
- Menggalakkan kreativiti pelajar dalam menghasilkan karya digital yang berkualiti bagi menyertai pertandingan KIS.
Aktiviti:-
- Pelajar diperkenalkan kepada asas penggunaan Canva, termasuk pemilihan template poster, penggunaan elemen grafik, pemilihan warna, serta teknik suntingan asas.
- Tenaga pengajar menerangkan tema pertandingan mengikut kategori usia iaitu Sekolah Rendah (7–12 tahun): Tema Buli Siber dan manakala Sekolah Menengah (13–17 tahun): Tema Penipuan Cinta.
- Pelajar dibimbing menggunakan ChatGPT untuk merangka slogan, tajuk poster, dan isi kandungan yang sesuai dengan tema masing-masing.
- Pelajar turut diajar menggunakan enjin carian untuk mendapatkan fakta ringkas, iaitu maklumat berkaitan buli siber dan penipuan cinta.
- Sesi praktikal dijalankan di mana semua pelajar menghasilkan poster masing-masing berdasarkan kreativiti dan kefahaman mereka.
- Tenaga pengajar membuat semakan akhir poster, memberi teguran serta tunjuk ajar bagi memastikan poster memenuhi tema dan garis panduan pertandingan.
- Semua poster siap dihantar sebagai penyertaan rasmi ke dalam Pertandingan Poster Kempen Internet Selamat (KIS).