mcmc
Laporan Aktiviti

Kempen Internet Selamat (K.I.S) – Modul Sekolah Menengah (13-17 tahun)

Tujuan:

Tujuan program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan keselamatan Internet termasuk risiko yang dihadapi, tanggungjawab terhadap diri sendiri dan pengguna Internet yang lain serta kesan jangka panjang penggunaan Internet. Program ini juga bertujuan membantu pelajar memahami kepentingan melindungi maklumat peribadi, mengenali ancaman siber seperti pengantunan seksual dalam talian, serta mengamalkan sikap beretika dan bertanggungjawab semasa menggunakan Internet.

Aktiviti:

Program ini dijalankan dengan 5 sesi yang terdiri daripada :-

  1. Penetapan minda : Aktiviti Pecah Ruyung – Pelajar berkongsi pengalaman dan pandangan awal tentang penggunaan internet.
  2. Pelajaran 1 : “Fakta Atau Auta” – pelajar belajar membezakan antara maklumat sahih dan palsu di internet dengan mengenal pasti ciri-cirii fakta dan auta
  3. Pelajaran 2 : ‘Detektif Jejak Digital” – aktiviti mengenal pasti risiko pendedahan maklumat peribadi serta memahaani konsep jejak digital dan kesannya terhadap privasi
  4. Pelajaran 3 :”Red Flag” – Pengenalan kepada tanda-tanda awaal porses pengantunaan seksual dalam talian dan strategi perlindungan kendiri
  5. Kuiz: Untuk menguji tahap kefahaman pelajar mengenai topik program kali ini.

Gambar disini.

  1. Kolej Vokasional Segamat
  2. SMK Munshi Ibrahim
  3. SMK Dato’ Ahmad Arshad
  4. SMK Agama Segamat