Program Khidmat Masyarakat anjuran Ranhill SAJ dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sekijang telah berjaya dilaksanakan semalam di FELDA Redong Satu.
Program ini mendapat sambutan hangat daripada warga komuniti FELDA Redong Satu yang turut sama menjayakan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti, Senamrobik beramai-ramai, sesi penerangan, Gotong-royong membersihkan tanah perkuburan.
Majlis ini telah disempurnakan oleh En. Zuraimi Kamaruddin, wakil rasmi kepada YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merangkap Ahli Parlimen Sekijang.
Turut hadir sama, En. Md. Fusi Salim, Ketua Bahagian Kewangan Ranhill SAJ, En. Hazli Raqib, Pengurus Rancangan FELDA Redong Satu, Jawatankuasa JKKR FELDA Redong Satu, GPW FELDA Redong Satu, serta kakitangan Ranhill SAJ dari cawangan Segamat.
Syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Semoga semangat gotong-royong, kesedaran awam dan kebersamaan seperti ini terus disemai dalam komuniti kita.











