mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM NADI SAFE & SHIELD DAN TAKLIMAT 5 PERKHIDMATAN PINTAR NADI BULAN NOVEMBER & DISEMBER

Tujuan:

  • Memberikan penerangan kepada komuniti mengenai lima “pillar” utama NADI
  • Menyediakan platform kesedaran dan pendaftaran bagi MyDigital ID.
  • Menggalakkan pendaftaran ahli baharu NADI untuk menyertai lebih banyak program komuniti yang disediakan.
  • Menggalakkan penggunaan perkhidmatan pintar NADI untuk meningkatkan kualiti kehidupan

Aktiviti:

  • Taklimat NADI: Penerangan ringkas mengenai sejarah, fungsi, dan peranan NADI dalam menyokong komuniti melalui teknologi pintar.
  • Taklimat NADI Safe and Shield: Sesi ini memberi penerangan mengenai kepentingan perlindungan kesihatan dan keselamatan digital bagi komuniti.
  • Pengenalan 5 Perkhidmatan Pintar NADI: Setiap perkhidmatan diterangkan dengan terperinci, termasuk cara mengakses dan menggunakan perkhidmatan tersebut untuk faedah individu dan keluarga.
  • Saringan Kesihatan: Pemeriksaan kesihatan asas seperti tekanan darah dan kadar gula dalam darah bagi meningkatkan kesedaran kesihatan komuniti.
  • Pendaftaran MyDigital ID: Penyediaan ruang bagi pendaftaran MyDigital ID, yang memudahkan akses kepada perkhidmatan digital di bawah inisiatif kerajaan.
  • Pendaftaran Keahlian NADI: Sesi ini membuka peluang kepada ahli baharu untuk mendaftar dan menyertai rangkaian program NADI yang lain.

Melalui saringan kesihatan dan penerangan mengenai NADI Save and Shield, peserta didedahkan kepada pentingnya menjaga kesihatan diri dan keselamatan digital. Selain itu, program ini dapat membantu peserta memahami cara mengakses lima perkhidmatan pintar yang ditawarkan oleh NADI. Pendaftaran keahlian NADI pula dapat memberikan peluang kepada peserta untuk terlibat dalam lebih banyak program komuniti yang dirancang, memperkukuh hubungan antara NADI dan komuniti.

Senarai sekolah yang terlibat bagi bulan NOVEMBER & DISEMBER:

SK Kampong Tenang: Gambar Disini

SMK Chaah: Gambar Disini

SJKC Bukit Siput: Gambar Disini

SK Bandar Putra: Gambar Disini

SK Desa Temu Jodoh: Gambar Disini

SK Tenang Stesen: Gambar Disini

SK Felda Kemelah: Gambar Disini

SK Seri Bekok: Gambar Disini

SJKC Li Chi: Gambar Disini

SK Felda Chemplak: Gambar Disini

SK Kampong Tengah: Gambar Disini