mcmc
Pendidikan

Sambutan Hari Sukan Tadika KEMAS Felda Redong

Sempena Sambutan Bulan Sukan Negara , Tadika KEMAS Dan Literasi Felda Redong telah mengadakan Program Sukaneka dengan jayanya yang diadakan bertempat di kawasan Tadika KEMAS Felda Redong. Program Sukaneka telah dilaksanakan pada 19 Oktober 2019 yang melibatkan pelajar Tadika KEMAS dan Literasi Felda Redong serta ibu bapa dan penjaga.

Tujuan program ini diadakan untuk memupuk semangat perpaduan dan persefahaman antara kanak-kanak disamping menyemai semangat kesukanan dan keyakinan diri serta dapat menunjukan bakat masing-masing. Selain itu juga, ia dapat merapatkan hubungan dan kemesraan ibubapa serta penjaga, kanak-kanak serta pendidik Tadika KEMAS dan Literasi Felda Redong.

Pelbagai acara sukan turut diadakaan bagi kanak-kanak dan ibubapa. Selain itu juga, diadakan gotong royong bagi membersihkan kawasan persekitaran Tadika KEMAS dan Literasi Felda Redong. Kemuncak program ini adalah acara penyampian hadiah pertandingan yang disampaikan oleh Encik Md Hashim Bin Adnan, penaung Tadika KEMAS.