Tadika KEMAS dan Literasi Felda Redong telah telah mengadakan program sambutan Hari Kemerdekaan peringkat kelas sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke 62 pada tahun ini. Program tersebut berlangsung pada 28 Ogos 2019 yang juga telah dihadiri oleh ibubapa serta penjaga kanak-kanak tadika dan literasi serta tetamu jemputan yang lain bagi memeriahkan program tersebut.
Program ini bertjujuan untuk menyemai serta menyemarakkan semangat patriotisme di dalam kalangan kanak – kanak tadika serta literasi sejak di bangku prasekolah serta masyarakat setempat.
Antara pengisian program yang telah dijalankan yang melibatkan pelajar serta ibubapa dan penjaga seperti perarakkan kemerdekaan, pertandingan mewarna bagi pelajar tadika dan literasi, pertandingan kolaj bagi ibubapa serta penjaga, dan pertandingan pakaian beragam.
Hadiah kepada pemenang telah disampiakan oleh En Mazlan Bin Abdul Khalid, Pengurus Felda Redong dan Tuan Haji Amat Jupri Bin Dakir, Ketua Peneroka Felda Redong.

















