mcmc
Pendidikan

Majlis Penyampaian Hadiah & Cenderahati Tabika Kemas Felda Redong 1 & Literasi

Pada 19 November 2018 bersamaan hari Isnin telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah dan Cenderahati Tabika Kemas dan Literasi  Felda Redong 1 bagi tahun 2018. Majlis telah berlangsung dalam suasana meriah dan harmoni dengan dirasmikan olh Pengurus Felda Redong iaitu En Rosli Bin Abd Majid serta diiringi Pengurus Felda Teknoplan iaitu En Mohd Shahrizzal Bin Md Jali. Selain itu, turut hadir En Khamis Bin Ngadiman, Penyelia Kanan KEMAS Cawangan Sekijang , Pengerusi Jawatankuada Tabika KEMAS, Pemaju Masyarakat KEMAS dan kanak-kanak tadika serta ibu bapa.

Majlis yang diadakan bagi meraikan kanak-kanak Tabika KEMAS ini diadakan setiap hujung tahun menandakan sesi persekolahan tahun ini menghampiri penamatnya.  Selain penyampaian hadiah dan sijil, pelbagai aktiviti sampingan telah diadakan bagi menggamatkan lagi suasana majlis tersebut. Antara aktiviti yang dijayakan ialah persembahan zapin dari kanak-kanak 6 tahun, persembahan nyanyian dan tarian dari kanak-kanak tabika dan juga kanak-kanak literasi.

Majlis tersebut adalah penyampaian hadiah dan pengiktirafan kepada kanak-kanak yang mencapai kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain mengukuhkan kemesraan dan mengerat silaturahim kalangan pemaju masyarakat dengan ibu bapa dan penyelia.