Pada 13 Oktober 2018, Tabika KEMAS dan Literasi Felda Redong telah mengadakan Sambutan Hari Sukan Negara 2018 pada bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan” (Sporting Nation). Hari Sukan Negara ini telah diadakan pada peringkat Tabika Kemas Felda Redong 1. Pelbagai aktiviti telah dilakukan antaranya sukaneka kanak-kanak literasi dan tabika dan sukaneka untuk ibu bapa serta pelbagai lagi aktiviti untuk memeriahkan lagi program ini.
Program ini turut melibatkan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang bersekolah di Tadika KEMAS dan Literasi Felda Redong, pelajar-pelajar Tabika KEMAS dan Literasi Felda Redong seramai 60 orang dan 6 orang guru dan pembantu guru. Oleh yang demikian, program ini sebenarnya dapat mengeratkan silaturahim di antara kanak-kanak,ibu bapa atau penjaga dan guru.







