Pada 27 September 2018, Tabika KEMAS dan Literasi Felda Redong telah mengadakan ceramah keselamatan dan kawad kecemasan serta simulasi mencegah kebakaran bertempat di perkarangan Tabika KEMAS Felda Redong. Program telah berlangsung pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.
Program ini turut melibatkan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang bersekolah di Tadika KEMAS dan Literasi Felda Redong, pelajar-pelajar Tabika KEMAS dan Literasi Felda Redong seramai 60 orang dan 6 orang guru dan pembantu guru serta disertai anggota bomba seramai 8 orang. Oleh yang demikian, program ini sebenarnya dapat mengeratkan silaturahim di antara kanak-kanak,ibu bapa atau penjaga, guru dan agensi kerajaan.
Program ini dilaksanakan bertujuan mendedahkan kanak-kanak dengan teknik menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran secara lebih terperinci. Antara pengisian proram adalah taklimat ringkas berkaitan keselamatan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Labis, latihan kecemasan dan simulasi pencegahan kebakaran.
Pelajar-pelajar dari Tadika KEMAS dan Literasi Felda Redong juga berpeluang untuk menaiki kenderaan bomba bagi memberi peluang merasa suasana di dalam kenderaan tersebut. Ini secara tidak langsung dapat memberikan gambaran perkerjaan iaitu mengenai tugas-tugas sebagai ahli bomba kepada pelajar-pelajar yang mungkin ada bercita-cita menjadi seorang ahli bomba di masa akan datang. Diakhir program pelajar berpeluang untuk merasa mandi beramai-ramai dengan air daripada lori bomba.








