Pada 31 Ogos 2018, Tadika KEMAS Felda Redong telah mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan Ke 61 di Tadika KEMAS Felda Redong. Pelbagai program telah diadakan seperti pertandingan mewarna bagi kategori kanak-kanak dan juga ibu bapa atau pun penjaga. Selain itu turut diadakan pertandingan pakaian beragam yang bertemakan hari Kemerdekaan. Pertandingan kali ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat cintakan dan sayangi tanah air di kalangan kanak-kanak.
Selain itu juga, turut diadakan aktiviti penanaman pokok bunga di sekitar kawasan Tadika KEMAS Felda Redong bagi menceriakan kawasan sekolah tadika. Aktiviti sambutan hari Kemerdekaan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara pihak penjaga dengan pihak sekolah. Selain itu juga, ibu bapa serta penjaga dapat mengetahui keadaan serta prestasi anak-anak yang belajar di tadika.

















