mcmc
Pendidikan

Hari Terbuka Tabika Kemas Felda Redong 1

Pada 27 Jun 2018 iaitu pada hari rabu yang lepas telah diadakan hari terbuka bertempat di Tabika Kemas Felda Redong 1.  Hari terbuka tersebut telah bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, dimana pada hari tersebut ibu bapa dan penjaga dijemput hadir untuk mendapatkan kad kemajuan pelajar dan juga mendapatkan maklumat perkembangan semasa murid bersama guru kelas masing-masing.  Majlis hari terbuka seperti ini telah diadakan pada setiap tahun di tabika ini. Tabika tersebut mempunyai lebih kurang 60 orang pelajar pada tahun ini yang terdiri dari pelajar berumur 4 hingga 6 tahun dan mempunyai 3 orang guru dan 3 pembantu guru.