Gotong Royong Perdana Siri 2, Tadika KEMAS Felda Redong ini telah diadakan pada 15 April 2018 (Ahad) yang mana turut diadakan serentak dengan 10, 000 Tadika KEMAS dan Taska PERMATA KEMAS seluruh negara. Program pelancaran gotong royong perdana siri 2 telah di adakan di Tadika KEMAS Batu Luas, Bera majlis perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Matlamat Gotong Royong Perdana Siri 2 ini diadakan bertujuan menanam nilai-nilai kebersihan dalam kalangan kanak-kanak Tadika KEMAS dan Taska PERMATA KEMAS. Program ini turut melibatkan penglibatan ibu bapa bersama-sama membersihkan kawasan di dalam dan diluar Tadika.
Sebenarnya gotong royong ini menggalakkan dan menjadi aktiviti yang bermanfaat kepada komuniti setempat secara amnya. Program ini dapat memupuk semangat bekerjasama di kalangan penduduk dan generasi muda akan kepentingan menjaga kebersihan dikawasan kejiranan.





