E-pembelajaran : Tuisyen
|
Tarikh : 1 – 31 Mac 2018 Masa : 9.00 am – 6.00 pm (setiap Jumaat dan Sabtu) Peserta : 16 orang |
Tujuan:
Kelas tuisyen ini dibuka untuk pelajar sekolah rendah tahun 1 hingga tahun 5. Tujuan kelas ini adalah untuk membantu membimbing pelajar sekolah rendah dalam subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Silibus yang diajar adalah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan kurikulum standart sekolah rendah (KSSR).
Aktiviti:
Kelas diadakan setiap minggu pada hari jumaat dan sabtu. Pembelajaran didalam kelas berbentuk ‘teacher center learning’, ‘problem base learning’ dan ‘interaktif learning diterapkan didalam kelas. Elemen e-pembelajaran juga diselitkan untuk menarik minat pelajar terhadap bab yang dipelajari. Pelajar yang tidak tahu membaca diajar kaedah membaca dengan betul manakala pelajar yang lemah subjek matematik, sains dan bahasa inggeris diajar secara tutorial. Latihan berbentuk interaktif juga diberikan untuk memantapkan lagi pengetahuan mereka tentang bab yang telah diajar.