mcmc
Pendidikan

Program Jelajah Pantai Timur, Universiti Malaysia Pahang

Program Jelajah Pantai Timur telah dijalankan  dengan jayanya baru-baru ini dengan kolaborasi pertama Ikatan Siswa Anak Darul Ta’zim, Universiti Malaysia Pahang (ISKANDAR UMP) bersama Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Awam Dan Sumber Asli, Universiti Malaysia Pahang (CIVER UMP). Program ini telah berlangsung di komuniti Felda Redong selama tiga hari dua malam bermula dari 24 Februari 2018 (Sabtu) hingga 26 Februari 2018 (Isnin) yang lalu.

Program yang bertemakan “Taburkan Jasa, Semaikan Bakti” ini merupakan sebuah program anak angkat bersama komuniti Felda Redong. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama penduduk Felda Redong seperti aktiviti gotong-royong, sukan rakyat, Program Jom JPJ bersama Rakyat, Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Sekijang, Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Felda Redong dan Majlis Aqiqah Perdana RM1. YB Tuan Haji Anuar bin Manap, ahli Parlimen Sekijang telah hadir sepanjang program ini.

Melalui program ini juga, mahasiswa yang bukan berasal daripada Negeri Johor juga merasai sendiri pengalaman hidup bersama masyarakat Johor. Semoga ikatan yang terjalin sepanjang program akan berterusan.

Gambar disini.