Pada 1 Januari 2018 yang lepas, Tabika KEMAS Felda Redong telah menerima seramai lebih kurang 61 orang pelajar baru dari umur 4 dan 5 tahun. Pada hari pertama persekolahan tersebut, ramai ibu bapa pelajar telah menghantar anak-anak mereka ke tabika untuk sesi 2018.
Sekolah Tabika Felda Redong mempunyai 3 kelas dimana terdapat 3 orang tenaga pengajar dan 3 orang pembantu tenaga pengajar. Menurut guru tabika Felda Redong, setiap kelas terdapat lebih kurang 20 hingga 21 orang murid.

Seperti situasi setiap tahun,dapat dilihat kemeriahan di hari pertama persekolahan dengan gelagat bermacam ragam pelajar-pelajar tabika dan ibu bapa. Pelajar tabika yang baru mendaftar kebanyakan mereka ada yang dapat menyesuaikan diri di hari pertama dan ada juga yang belum menyesuaikan diri. Oleh itu, terdapat ibu bapa dilihat masih menunggu anak-anak mereka diluar kelas untuk melihat keadaan anak-anak mereka di hari pertama persekolahan.

