Pada 8 November 2017 yang lalu, Sekolah kebangsaan Felda Redong telah menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke 26. Majlis kejohanan ini telah diwakilkan dan dirasmikan oleh En Johari Bin Marsan, Penyelia Kanan Hal Ehwal Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Segamat.

Kejohanan Sukan Tahunan ini merupakan kemuncak sukan yang mana sebelum ini telah diadakan acara merentas desa, sukan tara serta acara padang. Walaupun pada pagi tersebut hujun turun dengan lebat, ia tidak mematahkan semangat pelajar yang terlibat di dalam acara. Selain itu,majlis ini juga dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa serta penjaga pelajar sekolah bagi memberi sokongan dan dokongan kepada mereka yang terlibat di dalam acara pada kali ini.

Kejohanan pada kali ini dimulakan dengan perbarisan dari rumah sukan serta Pra sekolah. Kemudian acara perasmian kejohanan disempurnakan oleh En Johari Bin Masran yang mewakilkan YB Datuk Hj Ayub Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor merangkap ADUN Kemelah kerana terlibat di dalam mesyuarat di Johor Bahru dan diikuti dengan acara akhir sukan balapan.

Untuk Kejohanan Sukan Tahun Kali Ke 26 ini, johan keseluruhan dimikili dari Rumah Tun Mamat(pasukan kuning), tempat kedua pula dimiliki Rumah Tun Ali (pasukan biru) , Rumah Tun Perak (pasukan hijau) tempat ketiga dan Rumah Tun Mutahir (pasukan merah).
