Pada tanggal 4 Oktober 2017 yang lalu, SK Felda Redong telah menganjurkan Program Deco Cup Cake 2017 bagi pelajar tahun 6. Program ini merupakan program selepas menduduki peperiksaan UPSR yang mana secara tidak langsung dapat mengelakkan pelajar tidak hadir ke sekolah.

Gambar kenangan tenaga pengajar dengan pelajar yang terlibat di dalam program demo cup cake .
Program ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan dan pengetahuan cara untuk membuat dan mendeco cup cake . Pelajar tahun 6 didedahkan cara mengadun kek dengan sukatan yang betul, membakar kek dan membuat buttercream sebagai bahan dekorasi cup cake dengan pengawasan daripada tenaga pengajar.

Pelajar tahun 6 yang mengikut program deco cup cake.
Program ini merupakan kerjasama diantara SK Felda Redong dengan Yati Homemade Bakery. Tenaga pengajar untuk program kali ini dibimbing oleh Puan Norhayati Binti Ismail dan Puan Siti Norlizawati Binti Moter.
Resepi yang digunakan pakai di dalam program tersebut.
