Pada 27 September 2017 yang lalu, semua pelajar darjah 6 dari Sekolah Kebangsaan Felda Redong telah membuat satu program luar iaitu mendaki ke Bukit Botak dengan diiringi guru. Bukit Botak boleh dijadikan trade mark kepada penduduk Felda Redong. Bukit Botak ini terletak dikawasan kebun milik peneroka Felda Redong.

Pemandangan dari puncak Bukit Botak, Felda Redong
Sebelum mendaki, semua peserta membuat senaman regangan badan atau pemanasan badan bagi mengelakkan kejangan otak ketika mendaki ke Bukit Botak. Semua yang terlibat berjalan kaki dari sekolah hingga ke puncak Bukit Botak yang mengambil masa lebih kurang 1 jam. Setibanya dipuncak, pelajar dan peserta mengambil peluang untuk bergambar kenangan dan rehat sebentar sebelum kembali semula ke sekolah.

Ketika mendaki ke Butik Botak di kawasan kebun milik peneroka Felda Redong
Program mendaki ke Bukit Botak bagi pelajar darjah 6 ini, merupakan salah satu program pengisian pelajar dari 6 selepas menduduki peperiksaan UPSR yang lalu. Program mendaki ke Bukit Botak ini merupakan program tahunan yang kelaziman sememangnya dibuat selepas peperiksaan UPSR kerana pelajar tahun 6 sudah habis mempelajari silibus pembelajaran dan secara tidak langsung dapat menarik pelajar terus hadir ke sekolah sehingga ke hujung tahun.

Bergambar kenangan dipuncak dan berehat sebentar sebelum kembali semula ke sekolah
Program ini sebenarnya dapat mengeratkan hubungan diantara pelajar dengan guru. Selain itu dapat memupuk semangat setia kawan dan saling membantu di antara satu sama lain. Mendaki ke Bukit Botak juga dapat memupuk semangat cintakan tahan kelahiran dan mengajar erti setiap kejayaan tidak mudah diperoleh dan memerlukan pengorbanan serta usaha.
