Jika mahu melentur buluh,
biarlah dari rebungnya,
untuk mendidik anak yang cemerlang,
biarlah sejak dari awal lagi.
Kemudahan diberi dan peluang disediakan, terpulanglah kepada pelajar dan ibu bapa mereka untuk merebut segala kemudahan dan peluang yang ada di depan mata. Bagi menyokong bidang pendidikan dan demi menghasilkan generasi baru yang memiliki minda kelas pertama, mempunyai daya saing dan jati diri yang tinggi serta berani menghadapi cabaran pada masa hadapan, sebanyak 4 buah insitusti pendidikan disediakan di Felda Redong 1 :
*Sekolah Kebangsaan LKTP Redong
*Sekolah Agama Felda Redong
*Tadika Kemas Felda Redong

*PDK Felda Redong

